Monday, 13 January 2014

MOIST WALNUT CARROT CAKE

Assalamualaikum... 
Dah lama nak cuba resepi ni... baru sekarang mood membaking datang.
Lagipun bahan2 memang dah ada. Anak2 kata kurang rasa carrot, lepas
ni kena tambah lebih sikit carrotnya...walnut pun kena cincang kasar sikit.
Apapun memang best kek ni... thanks kepada empunya resepi










MOIST WALNUT CARROT CAKE (kakzusemanisgula)
5 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor 
2 cawan tepung gandum ~ ayak
1 sudu kecil soda bikabonate ~ ayak
1 1/2 sudu kecil baking powder ~ ayak
1 cawan minyak jagung
2 1/2 cawan carrot parut ( 340 gm ) ~ perah sikit air nye 
1 cawan walnut ~ kkzu letak 100 gm ~ potong kecil kecil ~ kkzu tak panggang
secubit garam
1) Putar gula dan telur hingga kembang dan gebu
2) Masukkan minyak jagung
3) Masukkan tepung bercampur baking powder dan soda bikarbonate
4) Masukkan walnut
5) Akhir sekali masukkan secubit garam dan  lobak merah ~ kaup balik sahaja
6) Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci yang telah di gris kan dan bakar 
kek selama 1 jam @ lebih  ~ bergantung pada kepanasan oven masing2 ye.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahannya
120 gm butter
250 gm cream cheese
120 gm icing sugar
1) Pukul butter dan cream cheese hingga lembut dan gebu.


2) Masukkan gula icing dan putar sebati. Siap untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment