Wednesday 11 December 2013

WEDDING ANNIVERSARY ON 11/12/13

Assalamualaikum. 
Semalam genap usia perkahwinanku yg ke 15. Alhamdulillah... inilah hasil kek 
yg ku deko dan pulut kuning istimewa utk kami sekeluarga meraikan tarikh 
penting dlm hidupku. Semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah. 
Amin...

BUAT SUAMIKU...
 ku doakan biarlah yang terbaik berlaku dalam kehidupan,dunia 
dan akhirat.
bersama kita gapai penuh kesyukuran.
harapan dan impianku, agar ku mampu membuat abang tersenyum
dan tertawa saat kita meniti usia.
moga Allah berikan aku kekuatan membekalkan rasa tenang di hatimu
walaupun tika kita dihempas gelombang.
ya Allah...
terima kasih kerana Kau jadikan dia untukku...
terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku...









Tuesday 12 November 2013

MAWAR BIRU DARI FONDANT

Assalamualaikum.
Akhirnya berjaya juga menghias kek menggunakan fondant. Inilah hasilnya 
setelah beberapa kali mencuba. Maklumlah belajar pun ikut youtube jer
kira ok la kan...





Thursday 17 October 2013

MEMBELI BELAH DI BAKE WITH YEN

Assalamualaikum.
Sabtu minggu lepas ke KL dan Nilai, temankan hubby beli barang niaga.
Sempat jugaklah menapak kat kedai bakery di Lorong Haji Taib, Chow Kit.
Tiba-tiba teringin nak mendeko kek menggunakan fondant. Kenalah beli
peralatannya. Moga misi berjaya...


Tuesday 24 September 2013

KEK COKLAT KUKUS UNTUK HARI LAHIR ANAK-ANAKKU

assalamualaikum... 
semalam lahir anak perempuanku... nur aina najihah.
bulan nya sama dengan anak lelakiku...muhamad aiman hafiz walaupun tarikh  
lahirnya pada 10 september dan hari ini juga hari lahir ibu tersayang. jd buat sekali jer kek untuk mereka bertiga. cuba2 jer walaupun memang tak de langsung asas menghias kek.
bagi yang nak cuba kek ni, resepinya dibawah yee...





RESEPI KEK  COKLAT KUKUS LEMBAP

1 cawan gula 
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan coklat han houten
1 1/2 penutup soda bikar bonat
1 cawan susu pekat (lebihkan 2 sudu besar)
1. cawan minyak masak
1 cawan air
4 biji telur

1. Tepung, soda, serbuk coklat diayak ( asingkan)
2. Gula dan air dikacau sebati. Masukkan minyak, telur dan susu pekat.
3. Masukkan bahan no 1 ke dalam bahan no 2.
4. Tapiskan adunan.
5. Kukuskan dalam periuk kukus. Jangan buka dalam masa 1 jam.
6. Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.


RESEPI COKLAT GANACHE

300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

1. Panaskan susu pekat dan susu cair cara double boiler.
2. Masukkan coklat, kacau sebati. Kemudian masukkan mentega dan 
curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15-30 minit.
3. Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan
 ke atas kek tadi.


RESEPI BUTTERCREAM

400 gm creamwell
200 gm shortening
200 gm syrup ~ air gula pekat

Putar creamwell dan shortening hingga kembang
Masukkan syrup dan putar sebati aje ~ tidak perlu lama





Saturday 21 September 2013

STEW BEBOLA DAGING

Assalamualaikum.
hari ni mood masak agak berkobar2 sebab nak cuba resepi baru...
alhamdulillah... memang sedap.
apapun hari ni nak ratah jer... hehehe...
sebenarnya nak kurangkan makan nasi coz badan makin membesar ni...


boleh cuba resepi di bawah

RESEPI BEBOLA DAGING

250g daging kisar
100g tepung jagung
1 biji telur
1 biji bawang merah-dicincang
1 biji bawang putih-dicincang
sedikit garam
sedikit lada sulah. 

1. Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Bulatkan-bulatkan bahan tadi dan bolehlah dibakar, digoreng atau dicelur.



STEW BEBOLA DAGING

Bebola daging
1 labu bawang besar - dibelah 6
2 ulas bawang putih - diketuk atau dimayang
1 inci halia - dihiris memanjang seperti batang mancis
3 sudu besar sos tiram - sesuaikan ikut citarasa
3 sudu besar kicap manis - sesuaikan ikut citarasa
3 sudu besar sos tomato - sesuaikan ikut citarasa
3 sudu besar sos lada hitam -sesuaikan ikut citarasa (boleh guna serbuk lada
hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk)
1 kiub pati ayam atau 1 sudu besar serbuk pati ayam
Air secukupnya - ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula sekiranya perlu
2 biji tomato dipotong baji
1 biji kentang - belah 8
1 batang lobak merah - hiris ikut suka
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar, bawang putih dan juga
halia hingga wangi.

2. Masukkan sos tiram. kicap manis. sos tomato dan sos lada hitam.

3. Masukkan bebola daging dan gaul rata. Masukkan sedikit air sekiranya perlu.
Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan air, kiub pati ayam dan kentang serta lobak merah. Biar hingga empuk.

5. Masukkan tomato dan air bancuhan tepung jagung. Rasakan masin dan manisnya.

6. Kacau-kacau seketika dan boleh tutup api dapur. Hidangkan bersama hirisan
daun bawang dan daun sup.


Friday 20 September 2013

MENCUBA MASAKAN KOREA

menu tengahari tadi...masakan korea
memang sedap coz menu yg sihat. kalau kat malaysia lebih kurang macam kerabu.apapun bagus untuk yang sedang berdiet walaupun resepi ni x berapa cukup syarat...

JAPCHE

•1 peket kecil Soohoon - direndam hingga lembut
 •150gm daging
 •1 ikat bayam
 •1 btg karet - potong dlm bentuk strip/julienne
 •1 labu bawang besar - dimayang
•3 ulas bawang putih - diketuk
 •3 pcs butter mushroom - hiris nipis
 •3 pcs shitake mushroom - hiris nipis
 •Beberapa helai daun bawang- potong panjang
 •Soya souse
 •Sesame oil
 •Olive oil
 •Garam, gula, serbok lada hitam

•Didih air celur soohoon dan toskan.
•Dlm bekas yang besar masukan 1 sudu makan soya souse dan sasame oil gaul
letak tepi.
•Celur bayam angkat dan toskan masukan dalam bekas soohon tadi dan gaul.
•Panaskan oil dalam pan goreng karot, bawang besar, bawang putih, cendawan,
daging secara secara berasingan
•Masukan semua bahan yg di goreng dlm soohoon, masuk 1sdm soya souse,
1 sudu makan sesame oil, garam, gula, serbuk lada hitam gaul hingg semua
 bahan sebati
•Letak japchae dlm serving plate dan taburkan dgn sesame seeds korean food