Saturday, 21 September 2013

STEW BEBOLA DAGING

Assalamualaikum.
hari ni mood masak agak berkobar2 sebab nak cuba resepi baru...
alhamdulillah... memang sedap.
apapun hari ni nak ratah jer... hehehe...
sebenarnya nak kurangkan makan nasi coz badan makin membesar ni...


boleh cuba resepi di bawah

RESEPI BEBOLA DAGING

250g daging kisar
100g tepung jagung
1 biji telur
1 biji bawang merah-dicincang
1 biji bawang putih-dicincang
sedikit garam
sedikit lada sulah. 

1. Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Bulatkan-bulatkan bahan tadi dan bolehlah dibakar, digoreng atau dicelur.



STEW BEBOLA DAGING

Bebola daging
1 labu bawang besar - dibelah 6
2 ulas bawang putih - diketuk atau dimayang
1 inci halia - dihiris memanjang seperti batang mancis
3 sudu besar sos tiram - sesuaikan ikut citarasa
3 sudu besar kicap manis - sesuaikan ikut citarasa
3 sudu besar sos tomato - sesuaikan ikut citarasa
3 sudu besar sos lada hitam -sesuaikan ikut citarasa (boleh guna serbuk lada
hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk)
1 kiub pati ayam atau 1 sudu besar serbuk pati ayam
Air secukupnya - ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula sekiranya perlu
2 biji tomato dipotong baji
1 biji kentang - belah 8
1 batang lobak merah - hiris ikut suka
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar, bawang putih dan juga
halia hingga wangi.

2. Masukkan sos tiram. kicap manis. sos tomato dan sos lada hitam.

3. Masukkan bebola daging dan gaul rata. Masukkan sedikit air sekiranya perlu.
Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan air, kiub pati ayam dan kentang serta lobak merah. Biar hingga empuk.

5. Masukkan tomato dan air bancuhan tepung jagung. Rasakan masin dan manisnya.

6. Kacau-kacau seketika dan boleh tutup api dapur. Hidangkan bersama hirisan
daun bawang dan daun sup.


No comments:

Post a Comment