Mencuba pavlova yang sangat sedap walaupun agak
mudah tapi amat sensitif. Resepi ni dari blog che mat
gebu maka terhasil lah pavlovaku yg pertama. Ternyata
memang sedap dan taburan pelbagai buah menjadikan
pavlova ni nampak mewah. Bagi yang ingin mencuba,
bolehlah cuba resepi di bawah ni.
PAVLOVA | ||||||||||
4 putih telur (mat guna telur gred A) | ||||||||||
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh) | ||||||||||
1 camca besar tepung jagung | ||||||||||
1 camca teh cuka makan | ||||||||||
1 camca teh esen vanilla | ||||||||||
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang | ||||||||||
Buah2an segar seperti strawberi, kiwi, peach, anggur dan blueberry | ||||||||||
1) Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas | ||||||||||
minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar | ||||||||||
(gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan. | ||||||||||
2) Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus | ||||||||||
sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang | ||||||||||
kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. | ||||||||||
3) Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak | ||||||||||
tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan | ||||||||||
tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat. | ||||||||||
3) Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, | ||||||||||
renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven. | ||||||||||
4) Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar | ||||||||||
non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). | ||||||||||
Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar, | ||||||||||
hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan... | ||||||||||
No comments:
Post a Comment