Thursday 20 February 2014

SPONGE CAKE WITH STRAWBERRY FILLING

Assalamualaikum.
Sebenarnya kek ni dah lama buat tapi baru sekarang
dapat update. Dah lama teringin nak buat kek guna      
strawberry filling ni... alhamdulillah akhirnya terlaksana 
jugak. Kebetulan whipping cream ada balance lagi
lepas buat kek birthday suami. Sapa2 yang nak cuba 
boleh tengok resepi kat bawah yee...












KEK SPAN STRAWBERRY
150g tepung superfine
120g gula kastor
5 biji telur
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar ( boleh guna susu cair )
80ml minyak masak
1 sudu teh perisa strawberi
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit pewarna pink









HIASAN
300 ml non diary whipping cream - dipukul hingga kembang











strawberry filling


















1)Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
2) Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3) Perlahankan kelajuan dan masukkan susu, perisa stawberi n pewarna pink tadi…
pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 min atau hingga adunan kek benar2 
ringan
4) Akhir sekali tuang minyak dalam adunan dan kacau dengan  senduk selepas itu,
bolehlah isi dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau
sehingga masak.
5) Bila dah masak dan dah sejuk bolehlah di potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.

6) Hias kek dengan whipping cream dan strawberry filling ikut kreativiti anda. 







































































































No comments:

Post a Comment